BAKTI DI BAWAH BAYU
- Administrator

- Jun 18
- 1 min read

Menyingkap banyak siri lawatan ke Sabah, dalam pertemuan saya dengan para doktor, jururawat, dan petugas sokongan di pelbagai fasiliti, saya melihat sendiri kecekalan luar biasa mereka. Walau berdepan cabaran logistik dan geografi, semangat mereka menyantuni rakyat tidak pernah luntur. Segala keringat, komitmen, dan dedikasi ini kini diabadikan melalui sebuah dokumentari khas, “Bakti di Bawah Bayu”. Dokumentari ini menyingkap usaha berterusan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memikul amanah demi kesejahteraan rakyat, dan iltizam kita untuk terus memperkukuh akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti untuk semua.
Saya mengajak saudara-saudari untuk meluangkan masa menonton naskhah ini. Mari kita bersama-sama menghayati dan menghargai pengorbanan tulus wira-wira barisan hadapan kesihatan negara kita. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
See less
Comments